Wednesday, 9 October 2013

Cadangan

Disesetengah tempat di negara kita mungkin perlu ada perkhidmatan trem, selain menjadi salah satu perkhidmatan pengangkutan awam ianya juga dapat membantu meningkatkan angka didalam sektor pelancongan.

Semasa Ali Rustam menjadi ketua menteri Melaka, perkara ini ada didalam rancangan beliau untuk memajukan negeri Melaka sebagai negeri pelamcongan.

Selain itu, agar dapat lah negeri Perak juga menyediakan perkhidmatan kereta kabel di Bukit Larut seperti apa yang telah dirancangkan sebelum ini. Ini juga perlu disediakan kerajaan negeri dengan kerjasama swasta jika perlu dalam memajukan lagi pelancongan di dalam negeri yang terkaya dengan perak itu.

Wednesday, 2 October 2013

Cuit cuit cuti den..

Ahaaa..

Selamat bertemu kembali.. Setelah hampir seminggu bekerja syif pagi dan balik malam sampai tak tersempat nak mencoretkan daylog ni.. 

So watsaappp? apo nak dikobarkan dalam blog ari ni haaa? :) 
Ponek bokojo, arini baru dapek cuti haa.. Duo tigo ari ni haa, asyik topikir nak gi bercoti.. November ni rancang nyo nak ke Penang.. Duo bulan ni memang nak kono jimat duit skit lah untuk melaksanakan percutian seperti yang dirancang.. 

Lama dah tak ke Penang, kali ni nak terjah tempat tempat makan menarik kat sana.. :) Dolu dolu poie sano pun maso kocik kocik.. paling kuat pun makan apo yo? Pasemboq, laksa, nasi kandar.. Kali ni memang nak cubo sampai boleh buat foodlog pulak nanti.. 

Mmm.. jadinya tugasan sekarang ialah nak kena surf internet tengok blog2 menarik orang yang dah pegi saner...

Okler, chowww luuuu...

Saturday, 28 September 2013

Birthday Mak dan Antin

Happy Birthday to mak... 27th September 2013 dan Antin 2nd Oktober 2013..


Eheemmm ehemm.. 


 Muka bday girl yang dah lapar..



Parking pun nak sebelah sebelah...


Mmmm... dah tak sabar nak potong kek tu...


Ni lah kek dari Secret Recipe nya..


Sambil menunggu hidangan sempat la kami berposing bagai..


Many thanks gak kat mamat ni sebab sanggup balik untuk dinner ni.. :)


Friday, 27 September 2013

Cerita hari ini

Salam Jumaat,

Pagi tadi memulakan hari bekerja yang pertama setelah dua hari bercuti. Mmm.. Dua hari je pun, bukan lama sangat pun.. Hehehe.. So far alhamdulillah, berjalan lancar.. Tak banyak songeh dan keletah la jugak. Cuma terkadang bekerja dengan staff yang baru baru ni agak memberi sedikit tekanan juga lah..

Hari yang semulia penghulu hari ini, aku telah dikhabarkan berita yang kurang enak ( walaupun telah dapat mengagak.. ) Seorang Abdullah yang bergelar sepupu telah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun kerana kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian. Hampir setahun berlalu dan ini lah harinya pengadilan telah diputuskan.

Sampai saja dirumah, maklang aku memanggilku.. Dalam sedu sedan dia bertanyakan kepada ku berkenaan anaknya. 

" ya tahu.. " jawabku sambil menganggukkan kepalaku tanda faham. 

" Minta tolong alihkan paklang tu.. maklang tak larat.."

Lalu aku pun menolong mengalihkan kedudukan paklang yang hampir tidak dapat bergerak sendiri kerana serangan strok dari 3 minggu lepas. Sian paklang, badannya dah kurus dek kerana tidak boleh makan.. Hanya boleh meminum susu sahaja..

Sambil duduk duduk memula bicara, maklang terlalu sedih kerana tanpa anak bongsunya itu siapalah yang akan menukar lampin, memandikan, memberi susu dan bangun malam apabila dipanggil paklang.

Hati ku sayu mengenangkan keluarga mereka. Entah lah apa akan berlaku dalam seminggu, sebulan mendatang ni. 

Aku hanya berharap, akan ada berita positif yang akan diterima mereka.. Insha Allah.. Jikalau kita ikhlas dalam berdoa kepadaNya, akan diberikan dan ditunjuki lah kita akan jalanNya.. 

Mmm.. sampai disini sajalah apa yang ingin aku lakarkan.. Harap malam ni dapat tidur yang nyenyak seperti malam sebelumnya.. 

Amin..

Thursday, 26 September 2013

Urban

Hari kedua bercuti, tengahari after lunch, rasa macam nak nab shot kejap, kejap lagi la kot sambil layan internet melayari Instagram dan membelek belek profile kengkawan.

Tetiba tersenyum melihat gelagat mereka, ada yang nampak gembira, berkeyakinan tinggi dan tak kurang juga yang masih kosong.

Ada yang berkeyakinan tinggi dalam memandui impian.. :) 
"Mmmm.. kebebasan, apa ada hal.." 
Semua orang mengimpikan hidup senang.. Baik lelaki atau perempuan.. Kalau aku perempuan pun boleh jadi juga aku mencari pasangan yang siap senang, kaya dan memudahkan hidup hingga ke akhirnya..

Material.. Manusia memandang material.. Terkadang aku pun tidak boleh tidak menafikan akan kebendaan.. :) Harta,kereta,gajet,jenama,barangan peribadi,cara hidup dan macam macam lagi.

Tapi pada aku, biarlah.. betul lah.. aku pun manusia, aku rasa apa yang orang lain rasa.. Setiap orang ada cara tersendiri dan setiap orang mempunyai jalan mereka tersendiri. Jadi capai lah ia agar kita tidak merasa rugi di kendian hari atau menyesal di hari kendian.

Sesungguhnya kita dilahirkan bebas, bebas lah kita mencari apa yang kita inginkan diatas muka bumiNya yang maha kaya ini.

Sebagai kengkawan hanya doa je lah yang mampu mengiringi meraka agar berbahagia didalam kehidupan hingga keakhirnya. :)

- chaww chinn -

Tuesday, 24 September 2013

Blog hari ini

Dengan namaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..

Hari ni coti dan tak tau nak buat apa sambil cuba cuba belajar macam mana nak conteng dalam blog nie.. 

Memang serius xtau nak tulis apa sebabnya hampir tak pernah pun baca blog orang lain kalo nak dibuat contoh pun.. :)

Macam kelakar pun ada, rasa nak tergelak pun ada, tapi memang rasa nak gak ada blog sendiri.. Nak pilih nama title pun rasa janggal. Last last pilih je lah nama nie..

Biasanya blogger share apa yang diorang rasa, ada gak yang membuat pandangan berdasarkan berita semasa dan perkara perkara yang berlaku di sekeliling diorang. Pun ada baiknya macam tu, secara tak langsung membantu sesetengah blogger yang lain dalam mencari sesuatu maklumat.

Ada juga yang berkongsi tips tips kecantikan dan kehidupan. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman hidup, foto foto makanan dan tempat tempat menarik yang telah mereka lawati. Yang lebih senang mereka namakan travelog dan foodlog. 

Apa apa pun xpelah.. Janji kita eppy ngan apa kita buat.. Secara tak langsung ianya akan menceriakan lagi hidup kita seharian selain boleh menambah follower dan kawan kawan.

"Sampai disini saja buat masa ini, moga bertemu lagi dalam lembaran mendatang.." 

- challlozzz karnal..-

Saturday, 21 September 2013

Don't Panic, Le'ts Picnic..

Hujung minggu bersama.. :) menghabiskan masa bersama dengan berpiknik di Bagan Lalang, Sepang. Dah hampir dua tahun tak kesini bersama. Sidia, menyiapkan sedikit bekalan sebelum sampai kesini. Kami bertolak dari KL jam 3:30 petang, sambil memandu dengan santai dan akhirnya kami pun sampai dalam jam lebih kurang 5 petang.


Masa ni tengah layan posing atas pasir pantai.


Ni masa nak mula makan.. serius time ni lapar.. :)


Ni lah ropanya hidangannya..


Pasta dan sotong.. cerita sotong ni plak ntah kenapa agak meletup sebabnya aku pun tetiba berselera ngan sotong kebelakangan ni, sampai mak masak apa pun ada sotong.. Dan.. rupanya sidia pun sama.. :) 


Beach & Sunset 


Testing achaner power tak Xperia ZR nya snap.. 


Settle semua, kami pun gerak dalam jam lebih kurang 7ptg.. Mmm.. seyes im happy and we eppy on that day.

I love u sayang..