Salam Jumaat,
Pagi tadi memulakan hari bekerja yang pertama setelah dua hari bercuti. Mmm.. Dua hari je pun, bukan lama sangat pun.. Hehehe.. So far alhamdulillah, berjalan lancar.. Tak banyak songeh dan keletah la jugak. Cuma terkadang bekerja dengan staff yang baru baru ni agak memberi sedikit tekanan juga lah..
Hari yang semulia penghulu hari ini, aku telah dikhabarkan berita yang kurang enak ( walaupun telah dapat mengagak.. ) Seorang Abdullah yang bergelar sepupu telah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun kerana kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian. Hampir setahun berlalu dan ini lah harinya pengadilan telah diputuskan.
Sampai saja dirumah, maklang aku memanggilku.. Dalam sedu sedan dia bertanyakan kepada ku berkenaan anaknya.
" ya tahu.. " jawabku sambil menganggukkan kepalaku tanda faham.
" Minta tolong alihkan paklang tu.. maklang tak larat.."
Lalu aku pun menolong mengalihkan kedudukan paklang yang hampir tidak dapat bergerak sendiri kerana serangan strok dari 3 minggu lepas. Sian paklang, badannya dah kurus dek kerana tidak boleh makan.. Hanya boleh meminum susu sahaja..
Sambil duduk duduk memula bicara, maklang terlalu sedih kerana tanpa anak bongsunya itu siapalah yang akan menukar lampin, memandikan, memberi susu dan bangun malam apabila dipanggil paklang.
Hati ku sayu mengenangkan keluarga mereka. Entah lah apa akan berlaku dalam seminggu, sebulan mendatang ni.
Aku hanya berharap, akan ada berita positif yang akan diterima mereka.. Insha Allah.. Jikalau kita ikhlas dalam berdoa kepadaNya, akan diberikan dan ditunjuki lah kita akan jalanNya..
Mmm.. sampai disini sajalah apa yang ingin aku lakarkan.. Harap malam ni dapat tidur yang nyenyak seperti malam sebelumnya..
Amin..
No comments:
Post a Comment