Dengan namaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..
Hari ni coti dan tak tau nak buat apa sambil cuba cuba belajar macam mana nak conteng dalam blog nie..
Memang serius xtau nak tulis apa sebabnya hampir tak pernah pun baca blog orang lain kalo nak dibuat contoh pun.. :)
Macam kelakar pun ada, rasa nak tergelak pun ada, tapi memang rasa nak gak ada blog sendiri.. Nak pilih nama title pun rasa janggal. Last last pilih je lah nama nie..
Biasanya blogger share apa yang diorang rasa, ada gak yang membuat pandangan berdasarkan berita semasa dan perkara perkara yang berlaku di sekeliling diorang. Pun ada baiknya macam tu, secara tak langsung membantu sesetengah blogger yang lain dalam mencari sesuatu maklumat.
Ada juga yang berkongsi tips tips kecantikan dan kehidupan. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman hidup, foto foto makanan dan tempat tempat menarik yang telah mereka lawati. Yang lebih senang mereka namakan travelog dan foodlog.
Apa apa pun xpelah.. Janji kita eppy ngan apa kita buat.. Secara tak langsung ianya akan menceriakan lagi hidup kita seharian selain boleh menambah follower dan kawan kawan.
"Sampai disini saja buat masa ini, moga bertemu lagi dalam lembaran mendatang.."
- challlozzz karnal..-
No comments:
Post a Comment